Tuesday, 6 August 2013

Asal-usul keturunan penduduk Kg Piasau ,Kota Belud (Ethnic background of the residents of Piasau, Kota Belud)


Penduduk Kg Piasau dipercayai berketurunan daripada beberapa puak seperti
1) Puak Rupot
2) Puak Tompiasahon
3) Puak Limbata
4) Puak Tuguson
Ini di ketahui daripada cerita orang tua-tua di kampung  ini yang diperturunkan dari nenek moyang.

Pada awalnya, Kg Piasau ini telah diduduki oleh puak Rupot. Namun ,puak ini tidak dapat hidup aman kerana sering 'misangod'(berperang) dengan puak-puak lain yang datang berhijrah atau melewati perkampungan puak Rupot seperti puak Rungus,Puak Talantang,Puak Baragang,Puak Gontung dan puak-puak lain.

Akibat dari 'misangod' ,hampir semua orang dari puak Rupot terkorban dan hanya tinggal satu keluarga lagi yang terselamat iaitu suami-isteri dan seorang anak mereka telah menyelamatkan diri dengan memanjat sepohon kelapa. Semenjak dari itu, mereka hidup berjaga-jaga di mana pada waktu siang mereka turun dari pokok kelapa untuk mencari apa yang boleh di makan dan pada waktu malam mereka naik semula ke atas pokok kelapa kerana pada waktu dahulu pokok kelapa amatlah tinggi dan daunnya lebar. Mereka yang terselamat ini tidak diketahui namanya tapi setelah habis 'misangod' keluarga ini turun semula dari pokok kelapa dan hidup bercucuk tanam sehingga beranak pinak dan berketurunan.

Pada masa itu,ada 3 orang dari puak Tompiasahon (tidak diketahui nama mereka)berasal dari sebelah Gunung Kinabalu yg ingin melihat sendiri tempat yang dinamakan 'perkampungan Rupot'. Ketiga-tiga mereka telah mengembara sambil mencari tempat itu. Bagaimana pun,seorang dari mereka berjaya sampai ke Kg Kadamaian (sekarang dikenali sebagai Kg. Tempasuk) dan seorang lagi sampai ke  Kg Tambulion. Kedua-dua mereka telah mengajak lebih ramai orang dari Puak Tompiasahon berhijrah ke perkampungan Rupot. Puak Rupot dan puak Tompiasahon telah bergabung dan hidup aman damai dan membentuk masyarakat yang besar dan ramai.Semenjak itu,perkampungan itu dinamakan sebagai 'Kg Pioso dan kini telah ditukar nama kepada Kg Piasau.
 .
Mengenai dengan puak Limbata dan Puak Tuguson, mereka juga di ancam dengan Puak Talantang dengan konco-konconya,maka Kedua-dua puak ini telah berhijrah ke perkampungan 'pioso'. Namun ini adalah cerita dari orang-orang tua dan belum pasti maklumat yang betul atau tidak. Tetapi dapat disimpulkan bahawa keturunan yang ada di Kg Piasau(dalam senarai bernombor diatas)-tidak diketahui nama mereka kerana maklumat yg agak terbatas. Namun yang pasti sehingga generasi sekarang,masih lagi dikenal pasti keturunan dari puak-puak tersebut.

Saya sebagai jurutaip semula artikal ini juga berdarah keturunan puak yang pertama(nombor 1)menurut cerita dari mendiang nenek dan dari mulut ibu saya sendiri. Ramai lagi orang tua-tua di Kg Piasau sebagai bahan rujukan untuk mengetahui sejarah asal-usul keturunan penduduk Kg Piasau. Terima kasih  atas sokongan anda. Saya akan berusaha untuk mencari sumber yang asli dan terbaik untuk tatapan generasi akan datang.

*sumber artikal;
Buku aturcara pesta kaamatan 91 
peringkat daerah Kota Belud
tuan rumah Kg Piasau sendiri.



Piasau the residents believed descended from several tribes such as
1)  Rupot Tribe
2) Tompiasahon Tribe 
3) Limbata Tribe
4) Tuguson Tribe
This was in the know of the stories of the elders in the village that are handed down from their ancestors.

At first, Kg Piasau was occupied by Rupot tribes . However, this tribes can not live in peace because often 'misangod' (fight) with other tribes who came through the village or migrated  to Rupot  village as Rungus tribe, Talantang Tribe, Baragang tribe, Gontung tribe and other tribes.

As a result of 'misangod', almost all the people from the  Rupot tribes died and only one survived another family of a husband and wife and their children have to save themselves by climbing a coconut tree. Since then, their life alert during the day where they fell from a coconut tree to find what can be eaten and at night they went back to the palm trees for the first time is very tall coconut tree and leaf width. Those who survived these unnamed but after completion of 'misangod' family back down from palm trees and farming life until multiplied and descent.

At that time, there were 3 people from the  Tompiasahon tribe (names unknown) comes from the side of Mount Kinabalu who want to see the place named 'Rupot village'. All three of them have traveled while searching the place. However, one of them made it to Kg Kadamaian (now known as Kg. Tempasuk) and a longer reach  Kg Tambulion. Both of them had invited more people from the tribe migrated to the village Rupot Tompiasahon. Rupot and Tompiasahon  live in peace and form a large and more While from the community, the village was named as' Kg Pioso and now has been renamed Kg Piasau .
 .
About the other tribes like Limbata tribe, Tuguson tribe, they also threaten the Talantang  tribe with his minions, the two factions have been migrated to the village 'pioso'. But this is the story of older people and not sure the correct information or not. But it can be concluded that the offspring is in Kg Piasau (in the numbered list above)-not known who their names because the information was limited. But for sure until the present generation, is still identified descendants of the tribes.

I as a typist articles of bloody clan also the first (number 1) according to a story from late grandmother and from the mouth of my own mother. Many other elders in Kg Piasau as a reference to know the history of the origins of the residents Piasau descent. Thank you for your support. I will try to find the original and best source for future generations.

* Source articles;
Harvest Festival program book 91
Kota Belud district level
Kg Piasau own host.